ISKANDAR PUTERI - Penyandang kerusi, Alwiyah Talib menang mudah di kerusi DUN Endau selepas beliau menewaskan tiga lawannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Alwiyah yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) menewaslan calon Pakatan Harapan (PH), Saiful Nizam, calon Parti Orang Asli Malaysia (ASLI), Jati awang dan calon Perikatan Nasional (PN), Hasnul Hakimi Hussin.
Kemenangan ini mencuri tumpuan selepas Alwiyah, yang sebelum ini memenangi kerusi berkenaan atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat keputusan menyertai UMNO.
Kehadiran Alwiyah juga yang dipilih menjadi calon bagi BN mendapat perhatian kerana tidak sampai sebulan meninggalkan Bersatu.